Isnin, 5 Jun 2023

SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN KEPADA PEMEGANG LESEN MEMANDU PERCUBAAN

 1. Pemegang lesen memandu percubaan diwajibkan untuk mematuhi beberapa syarat semasa memandu di jalan raya iaitu:

a. Membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya.

b. Memastikan kadar alkohol dalam nafas, darah dan air kencing adalah 0.00%.

C. Mempamerkan tanda pengenalan 'P' di hadapan dan belakang kenderaan.


2. Pemegang lesen percubaan yang didapati melanggar mana-mana syarat tersebut di atas adalah melakukan kesalahan di bawah Kaedah 15A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabitkan dengan kesalahan itu, bagi kesalahan pertama boleh didenda RM2000 atau 6 bulan penjara manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya didenda RM4000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya.

3. Pemegang lesen memandu percubaan juga akan dikenakan mata demerit sekiranya melakukan kesalahan terjadual lain di bawah sistem mata demerit KEJARA.

4. Mana-mana pemegang lesen memandu percubaan yang telah mengumpul 20 mata demerit atau lebih akan mengakibatkan lesen memandu percubaannya dibatalkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan. Malaysia.


5. Sekiranya lesen memandu percubaan dibatalkan, seseorang itu dilarang memandu, memegang atau memohon apa-apa lesen (termasuk lesen belajar memandu) bagi tempoh 12 bulan daripada tarikh penyerahan lesen memandu percubaan.

6. Selepas tempoh larangan, seseorang itu hendaklah mengulangi semula proses latihan dan ujian sebelum dibenarkan untuk mendapatkan lesen memandu dan akan dikenakan tempoh percubaan sekali lagi.

✍️ Asas Penulisan: Huruf Pendek (Huruf Rendah), Huruf Tiang Tinggi & Huruf Berekor (huruf jatuh)

Penulisan huruf merupakan kemahiran asas yang sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak di peringkat awal pendidikan. Selain daripada mengena...