Selasa, 3 Oktober 2023

Number Tracing worksheet

 Number Tracing worksheet 1-10 for Preschool or kindargaden

4-6 years old


One

Two

Three

four

five

six

seven

Eight


Nine


Ten


Semoga Bermanfaat...

Isnin, 5 Jun 2023

SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN KEPADA PEMEGANG LESEN MEMANDU PERCUBAAN

 1. Pemegang lesen memandu percubaan diwajibkan untuk mematuhi beberapa syarat semasa memandu di jalan raya iaitu:

a. Membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya.

b. Memastikan kadar alkohol dalam nafas, darah dan air kencing adalah 0.00%.

C. Mempamerkan tanda pengenalan 'P' di hadapan dan belakang kenderaan.


2. Pemegang lesen percubaan yang didapati melanggar mana-mana syarat tersebut di atas adalah melakukan kesalahan di bawah Kaedah 15A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabitkan dengan kesalahan itu, bagi kesalahan pertama boleh didenda RM2000 atau 6 bulan penjara manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya didenda RM4000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya.

3. Pemegang lesen memandu percubaan juga akan dikenakan mata demerit sekiranya melakukan kesalahan terjadual lain di bawah sistem mata demerit KEJARA.

4. Mana-mana pemegang lesen memandu percubaan yang telah mengumpul 20 mata demerit atau lebih akan mengakibatkan lesen memandu percubaannya dibatalkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan. Malaysia.


5. Sekiranya lesen memandu percubaan dibatalkan, seseorang itu dilarang memandu, memegang atau memohon apa-apa lesen (termasuk lesen belajar memandu) bagi tempoh 12 bulan daripada tarikh penyerahan lesen memandu percubaan.

6. Selepas tempoh larangan, seseorang itu hendaklah mengulangi semula proses latihan dan ujian sebelum dibenarkan untuk mendapatkan lesen memandu dan akan dikenakan tempoh percubaan sekali lagi.

Rabu, 15 Mac 2023

Lesen Memandu

2.0 JENIS-JENIS LESEN MEMANDU
Terdapat beberapa jenis lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ. Jenis-jenis lesen memandu adalah mengikut kegunaan sesuatu lesen itu dikeluarkan seperti berikut:


2.1 LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
Lesen Belajar Memandu Malaysia (Malaysian Learner's Driving Licence)


Lesen Belajar Memandu (Learner's Driving License) LDL dikeluarkan bagi membolehkan seseorang itu belajar memandu (latihan praktikal) sebelum dibenarkan menjalani ujian praktikal. Lesen belajar memandu dikeluarkan bagi
tempoh 3 atau 6 bulan dan boleh diperbaharui tetapi tidak boleh melebihi tempoh keseluruhan 2 tahun dari tarikh mula lesen belajar memandu dikeluarkan. Dalam tempoh 2 tahun, seseorang itu perlu lulus semua ujian kekompetenan dan mendapat kelas lesen memandu yang dipohon.

2.2 LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)
LESEN MEMANDU DRIVING LICENCE

Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License) PDL dikeluarkan setelah seseorang itu lulus semua ujian kekompetenan bagi kelas lesen memandu yang dipohon untuk membolehkan pemandu baru memandu kenderaan. Tempoh percubaan adalah selama 2 tahun dan dikira mulai tarikh lesen memandu percubaan dikeluarkan.

2.3 LESEN MEMANDU KOMOPETEN (CDL)

Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License) CDL dikeluarkan setelah pemandu menjalani tempoh percubaan dan tidak dikenakan sekatan di bawah sistem mata demerit Keselamatan Jalan Raya (KEJARA). Lesen memandu kompeten dikeluarkan bagi tempoh 1 hingga 5 tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh yang sama.

2.4 LESEN MEMANDU VOKASIONAL


Lesen Vokasional dikeluarkan bagi membolehkan seseorang itu memandu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan atau bertugas sebagai konduktor bas.



lesen holder


Lesen Memandu

1.0 Pengenalan
1.1 Seseorang yang ingin memandu sesebuah kenderaan seperti motosikal atau kereta di jalan raya hendaklah memiliki lesen memandu.
SEKSYEN 26(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 menegaskan:

1.2 Sekiranya pemandu tidak memiliki lesen kenderaan memandu maka ia telah melakukan kesalahan di bawah SEKSYEN 26(2) yang menegaskan:

Seksyen 27 dan 29 Akta Pengangkutan jalan 1987 juga menjelaskan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Merupakan pihak berkuasa yang menentukan kokompetenan seseorang pemandu dan menetapkan ujian-ujian kekompetenan berdasarkan keperluan yang ditetapkan.

kasut belajar memandu cari sini 👇




Aktiviti Mewarna Sempena Pesta Kaamatan 2025: Budaya Kita, Warisan Anak Kita

 Setiap tahun, bila masuk bulan Mei, rakyat Sabah mula sibuk bersiap untuk menyambut Pesta Kaamatan – pesta menuai yang penuh warna, budaya...