Jumaat, 9 Mei 2025

Aktiviti Mewarna Sempena Pesta Kaamatan 2025: Budaya Kita, Warisan Anak Kita

 Setiap tahun, bila masuk bulan Mei, rakyat Sabah mula sibuk bersiap untuk menyambut Pesta Kaamatan – pesta menuai yang penuh warna, budaya dan rasa syukur. Sebagai guru dan juga seorang ibu, saya selalu cari cara untuk kenalkan budaya ini kepada anak-anak kecil dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami.

Salah satu aktiviti paling sesuai untuk murid prasekolah dan Tahun 1 ialah… aktiviti mewarna! 🎨🖍️


Kenapa Mewarna?

Mewarna bukan sekadar seronok. Ia bantu anak-anak kenal bentuk, latih motor halus, dan paling penting – dalam konteks Kaamatan – memperkenalkan mereka kepada budaya dan warisan Sabah sejak kecil lagi.

Dalam lembaran ini, saya masukkan pelbagai elemen budaya:

  • Kanak-kanak Kadazan-Dusun berpakaian tradisional

  • Alat muzik tradisional seperti gong, sompoton, dan seluring buluh

  • Simbol penting seperti padi, Gunung Kinabalu, dan tangkob

  • Watak istimewa: Unduk Ngadau (Ratu Kaamatan) dan Boavanzoi Tavantang – simbol kekuatan dan keindahan wanita dalam budaya Dusun

Semua dalam bentuk hitam putih supaya anak-anak bebas mewarna ikut kreativiti mereka.


Aktiviti Ini Sesuai Untuk:

✅ Guru-guru prasekolah dan tahap 1
✅ Ibu bapa yang nak buat aktiviti hujung minggu bersama anak
✅ Sambutan Kaamatan peringkat sekolah
✅ Aktiviti santai waktu akhir waktu persekolahan


🖨️ Cetak & Warnakan!





Muat turun dan cetak lembaran ini secara percuma. Luangkan masa bersama anak-anak sambil bercerita tentang maksud Kaamatan – siapa tahu, mereka mungkin lebih faham dan bangga dengan budaya kita sendiri.

📸 Jangan lupa kongsi hasil mewarna anak-anak dengan tanda pagar:

#Kaamatan2025 #WarisanSabah #AktivitiKanakKanak #LembaranMewarna #UndukNgadau #Sompoton #PestaMenuai #BoavanzoiTavantang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Konsep Perbandingan Kurikulum: Model Reka Bentuk, Komponen Utama dan Kepentingannya

  Pengenalan Dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah, dipacu oleh tuntutan abad ke-21, keperluan literasi baharu, serta kepelbagaian k...