langit kelam tanpa bintang,
dan aku...
hanyut dalam fikir yang tak tahu hujungnya..
hanyut dalam fikir yang tak tahu hujungnya..
Angin menyentuh jendela perlahan,
seperti kenangan lama yang kembali menyapa,
aku pejam mata
tapi wajah itu tetap muncul,
di antara gelap dan keluh jiwa.
Bukan aku mahu mengingati,
tapi rasa itu terlalu degil untuk pergi,
ia menetap seperti bayang
yang tak perlu cahaya untuk wujud.
Ada sesuatu tentang dia,
yang tidak pernah aku miliki,
tapi sentiasa aku rasa...
dalam setiap senyap malam,
dalam setiap hela nafas panjang yang tak mahu reda.
Aku belajar untuk senyum siang hari,
dan menangis dalam hati waktu malam,
kerana bukan semua rasa harus dimiliki,
ada yang cukup sekadar
menjadi luka yang tak berdarah
tapi kekal terasa
Pengenalan Dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah, dipacu oleh tuntutan abad ke-21, keperluan literasi baharu, serta kepelbagaian k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan