Terdapat beberapa jenis lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ. Jenis-jenis lesen memandu adalah mengikut kegunaan sesuatu lesen itu dikeluarkan seperti berikut:
2.1 LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
Lesen Belajar Memandu Malaysia (Malaysian Learner's Driving Licence)
Lesen Belajar Memandu (Learner's Driving License) LDL dikeluarkan bagi membolehkan seseorang itu belajar memandu (latihan praktikal) sebelum dibenarkan menjalani ujian praktikal. Lesen belajar memandu dikeluarkan bagi
tempoh 3 atau 6 bulan dan boleh diperbaharui tetapi tidak boleh melebihi tempoh keseluruhan 2 tahun dari tarikh mula lesen belajar memandu dikeluarkan. Dalam tempoh 2 tahun, seseorang itu perlu lulus semua ujian kekompetenan dan mendapat kelas lesen memandu yang dipohon.
2.2 LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)
LESEN MEMANDU DRIVING LICENCE
Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License) PDL dikeluarkan setelah seseorang itu lulus semua ujian kekompetenan bagi kelas lesen memandu yang dipohon untuk membolehkan pemandu baru memandu kenderaan. Tempoh percubaan adalah selama 2 tahun dan dikira mulai tarikh lesen memandu percubaan dikeluarkan.
2.3 LESEN MEMANDU KOMOPETEN (CDL)
Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License) CDL dikeluarkan setelah pemandu menjalani tempoh percubaan dan tidak dikenakan sekatan di bawah sistem mata demerit Keselamatan Jalan Raya (KEJARA). Lesen memandu kompeten dikeluarkan bagi tempoh 1 hingga 5 tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh yang sama.
2.4 LESEN MEMANDU VOKASIONAL
Lesen Vokasional dikeluarkan bagi membolehkan seseorang itu memandu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan atau bertugas sebagai konduktor bas.
lesen holder