Sabtu, 4 April 2020

Tugasan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Murid Prasekolah 5 Tahun

*2 April 2020 (khamis)*
Sila ambil gambar tugasan 1 dan 2 Kemudian Hantar kepada Cikgu 

💌📕⚽ *Tugasan 1* *KE 3.0 VISUAL ART*
1. Mencipta bola mengunakan kertas.

Kalau tiada kertas.. Boleh guna plastik.

Bahan-bahan
1. Kertas/ plastik terpakai
2. Gam plastik 

Caranya.. Senang saja
1. Ambil kertas terbuang
2. Kasih keronyok tu kertas jadi bulat
3. Terus gam guna gam plastik.
4. Untuk nampak lebih menarik. Guna kertas atau majalah terbuang atau plastik yang berwarna pada lapisan luar.


*Rehat sekejap sambil Kemas2 rumah, Di minta murid itu sendiri yang kemas*


⚽🏋🏻‍♀️🏋🏾‍♂️ *Tugasan 2* *PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA AKTIVITI FIZIKAL* 30 minit


BELAJAR  MELALUI  BERMAIN
FK 3.0 KEMAHIRAN MANIPULASI
FK 3.1
MELAKUKAN PELBAGAI KEMAHIRAN MANIPULASI
FK 3.1.1
Membaling objek ke sasaran
PM 9.1.2
Menunjukkan sikap berani mencuba sesuatu tugasan yang baharu
Pada akhir pembelajaran, murid – murid boleh:
Membaling objek ke sasaran. 

Murid dapat membaling objek ke sasaran.

Aktivitinya:

1. memasukkan bola yang Di cipta tadi ke dalam bakul/ baldi/ yang bersesuaian
2. menjaring bola ke dalam bakul/baldi..

3. Mulakan dari jarak dekat dan semakin jauh

4. Murid mengira setiap jaringan bola yang berjaya/ kira dalam Bahasa Melayu dan juga boleh dalam bahasa Inglish

5. Permainan ini boleh libatkan ahli keluarga yang lain.. Yang penting terkawal.


🍏🍎🍐🍟🥩🍔🥬🍰🍩🍬

*Tugasan 3*
*PHYSICAL DEVELOPMENT AND HEALTH CARE*

FK 6.0 EATING HABITS
FK 6.1 Practise healthy and safe eating habits
FK 6.1.3  State nutritious and non-nutritious food

1. Memberi penerangan kepada Anak2 tentang makanan yang sihat Dan tidak sihat.

2. Contoh makanan sihat
- nasi
-Sayur-sayuran
-buah-buahan
-Roti biskut

3. Makanan tidak sihat
-gula-gula
-keropok
-makanan segera(Maggie)
-minuman bergas

4. Penerangan boleh Di sampaikan secara bersahaja/becerita/berteka teki/soal jawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Konsep Perbandingan Kurikulum: Model Reka Bentuk, Komponen Utama dan Kepentingannya

  Pengenalan Dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah, dipacu oleh tuntutan abad ke-21, keperluan literasi baharu, serta kepelbagaian k...