Khamis, 25 September 2025

Jadual Ringkasan Strategi Pengajaran Digital untuk Pembelajaran Bermakna


Strategi

Definisi / Konsep Utama

Contoh Aplikasi dalam Kelas

1. Kitaran Pembelajaran Inkuiri Kolaboratif

Murid belajar melalui proses bertanya, menyiasat, berbincang dan berkongsi idea bersama rakan. Guru bertindak sebagai fasilitator.

PSV Tahun 5: Murid guna Padlet/Google Jamboard untuk berkongsi idea reka bentuk batik digital.

 BI Tahun 1 & 2: Murid gunakan aplikasi Seesaw untuk rakam sebutan kosa kata baharu, kongsi dengan rakan.

 BI Tahun 4: Murid buat projek mini "Virtual Tour" menggunakan Canva/PowerPoint berpasukan.

2. Kefahaman Melalui Reka Bentuk (Understanding by Design – UbD)

Reka bentuk pengajaran bermula dengan matlamat akhir (learning outcomes), kemudian aktiviti disusun agar murid mencapai kefahaman mendalam.

PSV Tahun 5: Matlamat → memahami seni warisan. Aktiviti: cipta poster digital tentang seni wau dengan Canva.

 BI Tahun 1: Matlamat → kenal dan guna greetings. Aktiviti: murid hasilkan video pendek menggunakan Flipgrid.

 BI Tahun 2: Matlamat → faham penggunaan prepositions. Aktiviti: murid cipta komik digital di Pixton.

BI Tahun 4: Matlamat → faham penggunaan simple past tense. Aktiviti: hasilkan jurnal digital (Google Docs).

3. Penggunaan Pendekatan Pengajaran Terbeza (Differentiated Instruction)

Menyesuaikan kaedah, bahan, dan tugasan mengikut tahap, gaya pembelajaran, serta minat murid. Guru gunakan teknologi untuk sokong kepelbagaian.

PSV Tahun 5: Murid lemah – gunakan tutorial video mudah; Murid sederhana – hasilkan reka bentuk digital asas; Murid cemerlang – cipta animasi pendek tentang seni menggunakan aplikasi Canva/Blender.

BI Tahun 1 & 2: Murid visual – gunakan flashcard digital (Quizlet); Murid auditori – rakam audio kosa kata; Murid kinestetik – main game interaktif (Kahoot).

 BI Tahun 4: Tugasan berbeza tahap – menulis ayat mudah untuk murid lemah, dialog pendek untuk murid sederhana, karangan ringkas untuk murid cemerlang (semua dalam Google Docs/Classroom).

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Konsep Perbandingan Kurikulum: Model Reka Bentuk, Komponen Utama dan Kepentingannya

  Pengenalan Dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah, dipacu oleh tuntutan abad ke-21, keperluan literasi baharu, serta kepelbagaian k...